CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 4, 2010

Ibu , Kasihanilah saya .

Assalamuaalaikum ,

weiwei , tady ken ken
aku ade bace satu note at fesbuk ni
sumpa sedey gila duh !
mahu nangis kudd
huh
note dea berbunyi macam inie :

“Sejuknya…saya berada di mana sekarang? Hanya kerlipan bintang yang saya nampak. Terasa seperti baru beberapa detik saja saya baru menghirup udara dunia. Selama ini, sembilan bulan di dalam rahim ibu, saya rasa selamat dan dilindungi. Rahim ibu? Tapi di mana ibu? Ibu! Ibu…"

Seingat saya, sewaktu saya dilahirkan tadi, saya jatuh ke atas lantai yang basah dan melekit dengan darah. Tempat itu sunyi dan yang kedengaran hanya bunyi air mengalir dari paip. Ibu menjerit kesakitan dan terburu-buru pula membawa saya keluar. Saya cuma dibalut dengan sehelai tuala. Dengan tali pusat yang masih berjurai, saya dibungkus tanpa dibersihkan.

Aneh sekali. Ibu tidak mencium saya langsung. Wajahnya cukup bimbang. Memandang saya pun seolah tidak sudi, langsung tiada perasaan sayang. Ibu tidak sayangkan saya? Ketika di dalam perut bukankah kita berkongsi denyutan jantung yang sama? Saya tahu perasaan sedih dan bimbang yang dirasai ibu. Ibu tidak mahukan saya. Tetapi ibu tidak mampu menahan kelahiran saya. Benarkah ibu? Benarkah saya ini tidak berbapa? Ibu tidak rasa apa yang saya rasa sekarang? Saya inginkan kehangatan ibu dan pelukan ibu. Peluklah saya ibu! Belailah saya ibu!

Saya haus .. Tekak saya sudah kering kerana menangis.Tapi tangan ibu pantas menutup mulut saya. Agaknya ibu takut tangisan saya didengar orang lain. Tambahan pula, malam makin sunyi. Saya haus ibu…Tapi ibu tidak mengendahkan semua itu. Apatah lagi, mendengar suara saya pun ibu tidak mahu. Ibu seperti resah, menanti seseorang. Siapa yang ibu tunggu? Bapa sayakah ibu?

Tidak lama menunggu, seorang lelaki datang. Diakah yang ibu nantikan? Ibu dan lelaki itu seperti berbincang sesuatu. Kedengaran juga seperti mereka bertengkar. Sesekali terdengar esakan ibu. Apa? Membuang saya? Jangan ibu! Jangan buang saya! Bukankah saya ini darah daging ibu. Saya masih tak berdaya. Jangan buang saya…Kasihanilah saya ibu. Berilah ruang untuk saya bernafas di bumi Allah ini ibu.

Tapi tangisan saya mereka tak hiraukan. Lelaki itu mengambil saya dengan kasar. Tuala putih dibungkus menutup semua tubuh saya termasuk kepala. Ibu!Ibu! Jangan buat saya begini! Saya rasa susah hendak bernafas. Saya boleh lemas. Terasa saya diletakkan di bahagian bonet kereta. Terasa panas membahang. Saya tercungap-cungap mencari sedikit udara. Ibu? Di mana ibu? Selamatkanlah saya…Ibu! Saya haus. Saya panas!

Selepas itu, saya tidak sedarkan apa-apa lagi. Terjaga saja, saya sudah berada di sini. Bau sekeliling saya sungguh busuk. Longgokan sampah sarap menimbun di kiri kanan saya. Bunyi anjing menyalak menakutkan saya ibu. Saya hanya mampu menangis. Badan saya sudah mula terasa sakit-sakit. Tali pusat saya yang masih tergantung juga sudah berdarah semula. Sakitnya ibu… Aduh! Ada semut pula datang menghurung tubuh kecil saya. Tolonglah! Tolong jangan gigit saya yang tidak berdaya. Sakitnya..sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

Mana ibu? Ibu tidak datang mengambil saya lagi? Apa agaknya dosa saya? Perut saya juga sudah lama kosong. Saya laparkan susu. Saya tak mampu menjerit lagi, apatah lagi untuk berkata-kata. Dari tadi saya menangis, tiada siapa pun yang mendengar. Ibu..datanglah ambil saya semula. Kalau ibu tidak mahukan saya, jangan buang saya di tempat sampah begini. Saya juga manusia…Saya tidak bersalah ibu!

Dengarlah rintihan saya. Kasihanilah anakmu ini ibu! Kalau ibu tidak mahu saya sekalipun, usah buang saya di sini. Berilah saya pada sesiapa. Saya hanya mahu menumpang kasih seorang ibu. Ibu! Apa dosa saya. Kenapa dahulu ibu tidak pernah fikirkan semua ini. Kenapa sekarang setelah saya ada di rahim ibu baru ibu menyesal dengan segala yang ibu lakukan.

Saya rasa semakin lemah ibu! Sejuk embun menyucuk-nyucuk tubuh saya. Saya dingin ibu! Tuala yang membungkus tubuh saya pun sudah basah. Tadi, saya terdengar ada orang membuang sampah. Tapi dia mungkin tidak tahu saya ada di sini. Suara saya sudah hilang. Saya tak mampu menangis lagi. Saya tidak mampu menjerit lagi.

Aduh! Sakitnya…Semut-semut itu makin banyak menggigit saya. Semut itu sudah mula masuk ke dalam telinga, pusat, hidung dan mulut saya. Saya tak boleh berbuat apa-apa. Sakitnya…kasihanilah saya. Saya juga ingin hidup lama…Tiada siapakah yang mampu menolong saya? Apakah sampai di sini saja hayat saya. Kejamnya dunia…

Ibu…saya ternampak cahaya dari atas. Ada ramai perempuan cantik sedang melambai-lambaikan tangan pada saya. Mereka tersenyum pada saya. Itukah bidadari ibu? Benarkah ibu? Nanti, agaknya merekalah yang akan menyusukan saya. Tetapi kenapa bukan ibu…Saya akan merindui ibu..walau ibu tak pernah menyayangi saya.

Sekarang, badan saya sudah mula terasa dingin. Sejuknya..seperti ada angin yang menghembus saya. Tapi…sakitnya..saya terasa susah hendak bernafas. Tubuh kecil saya sudah lebam-lebam digigit semut yang semakin banyak. Ibu..nyawa saya sudah hampir terputus. Kenapa ibu masih tidak datang? Sekurang-kurangnya berikan saya setitik susu ibu…saya dahaga ibu. Saya laparkan susu..Kalau saya tahu peritnya begini, saya tidak minta lahir ke dunia. Saya sakit ibu, sakit jiwa dan raga. Aduh..aduh sakitnya saat diambil nyawa…sakitnyaaaa.

“Ibu, mereka sudah mendukung saya. Perempuan-perempuan cantik ini akan membawa saya jauh dari dunia… dan manusia yang berhati batu seperti ibu. Sampainya hati ibu…” Selamat tinggal ibu yang saya kasihi. Biarpun ibu tidak pernah mengasihi saya.

Semut-semut itu semakin melata. Tangan kecil yang tadinya menggapai-gapai udara dan kaki mongelnya yang menghentak-hentak tanah akhirnya terkulai. Bersama titisan embun pagi, nyawa si kecil yang tidak berdosa itu pergi dalam keadaan menyayat hati. Tubuhnya kebiru-biruan dan perutnya pula mengempis tanpa sempat menjamah setitis pun air susu. Keesokkan harinya, terpapar di halaman depan surat khabar, “Seorang Lagi Mayat Bayi Dibuang Ditemui…”.






eh eh , sedih bukan ?
feeling gila duh !

huh

kalau sesape yang tade feeling uh

aku taktahu lha apa kene dengan hati korunk

haha

weiwei

kenape lha manusiamanusia zaman sekarang ni suda tiada hati ?

eh eh , bayi itu juga manusia tahu !
mereka juga mahu hidup !
mulemule memang lha bez ken
pegang sana pegang sini
peluk sana peluk sini
cium sana cium sini
uh ah uh ah
lepas itu ?
eh eh , bukan kah anak itu adelah lambang cinta korunk yang agong tuh !!
suda buad tuh
pandaipandai lha tanggung !
kalau suda tidak mahu itu anak
bagi je lha kat orang
apa susa ?
da buad dose tuh
ta paya lha buad dose yang lagy besa !
sekarang ni tak habishabis

buang bayi , buang bayi , buang bayi
apa mahu buad lagy ?
mereka yang buad bende ituh suda tiada hati
haih , suda lha
aku membebel taktentu pasal nie un bukan buley merubah keadaan
huh
wassalam




0 comments:

Post a Comment