CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Redha


Setiap musibah dlm kehidupan kita janganlah mengeluh dan kesal walaupun ia terjadi disebabkan oleh kesilapan kita sendiri..
Anggaplah setiap musibah sebagai panduan hidup kita pada masa hadapan agar kesilapan tersebut tidak akan berulang..
Sentiasalah berasa syukur dan redha atas musibah yang berlaku kepada kita kerana kita dipilih oleh Allah untuk melaluinya..

Wednesday, December 29, 2010

Keikhlasan dan kesetiaan

Cinta boleh pergi dan datang pada bila-bila masa sahaja.
Tapi keikhlasan dan kesetiaan hanya hadir sekali dalam perhubungan cinta.
Bila keikhlasan dan kesetiaan itu telah tercemar kesuciaannya ,
sukar untuk kita ulangi semula bersama orang yg telah kita berikan keikhlasan dan kesetiaan itu..

Tuesday, December 21, 2010

Jangan tipu diri sendiri




Kita boleh menipu orang lain menyatakan bahawa kita tidak sayangkan dia

tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri yang kita masih sayangkan dia

biarpun mustahil untuk kita memilikinya semula.

Saturday, December 11, 2010

Hebat sangat ke Cinta tu ?





Hebat sangatkah cinta,
atau cuma hawa nafsu semata,
jika tiada calon, ramai yang bertanya ,
mengapa tidak dicari katanya,



hebat sangatkah cinta,
jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina,
hingga agama diletak belakangnya,



hebat sangatkah cinta,
jika statusku single mereka hairan bertanya,
sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya,
jika ramai tak buat dipandang biasa,



hebat sangatkah cinta,
menghayati rasa yang terkandung didada,
terlahirnya sajak ,puitis nya cinta,
lautan api sanggup diredahnya,



hebat sangatkah cinta,
hingga semua nak diserahkannya,
katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja,


hebat sangatkah cinta,
kononnya dihati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga,
akhirnya tubuh menjadi mangsa



hebat sangatkan cinta,
" saya suka awak kerana agama "
kalau begitu mengapa mendekati zina,
jika benar agama ukurannya,


hebat sangatkah cinta,
mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta,
sedangkan yang diteguk racun berbisa,



hebat sangat kah cinta,
sehingga mata yang celik dikata buta,
dosa pun dia kata"tak pa",
janji kau aku yang punya



hebat sangatkah cinta ,
jawapannya Ya,
jika mencari CINTA YANG ESA,
bahagianya kekal untuk selamanya..



~ CINTA PADA BUNGA, BUNGA AKAN LAYU,

~ CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,

~ CINTA PADA ALLAH KEKAL ABADI ^^

Thursday, December 9, 2010

Sesal



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cinta suci

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut,
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya

Kenapa ?


Matahari diciptakan tanpa hati, tapi setia pada Siangnya.
Bulan diciptakan tanpa hati, tapi boleh setia pada Malamnya.
Tapi kenapa manusia yang diciptakan dengan hati, masih tak boleh setia pada Cintanya?

Wednesday, December 8, 2010

Ketentuan

Cinta itu tak semesti nya indah .
Cinta itu tak semestinya berakhir dgn kegembiraan .
Jangan terlalu mengharap .
Buat yang terbaik .
Tapi kalau da tak de jodoh
nak buat macam mana ?
Nangis mcm mana pun , ia tak kan kembali .
.

Tuesday, December 7, 2010

Lahir dan Pergi


Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
.
.
Ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
.

Sunday, December 5, 2010

Suka dalam Duka



Hidup tak selalu indah ,
Langit tak selalunya cerah ,
Kerana semuanya ada hikmah .

Inginkan mutiara , selamilah lautan .
Inginkan bahagia , tempuhilah penderitaan .
Inginkan kjayaan , relakanlah pengorbanan .
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu terkandung 1001 kemanisan .

Saturday, December 4, 2010

Tunggu .


awak , sampai bila awak nak saya tunggu ?

Monday, November 29, 2010

Tangga Kehidupan


Hidup memerlukan pengorbanan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sunday, November 28, 2010

Waiting ..


tunggu .. tunggu .. tunggu ..
AWAK .

Saturday, November 27, 2010

How I plan to spend my life with you ♥

Ini kah Cinta ?


Ada seorang gadis buta ,
Semua orang bencikan dia
kecuali kekasihnya .
Gadis itu selalu berkata kepada kekasihnya
Saya akan kahwin dengan awak jika saya dapat melihat
Pada satu hari ,
ada orang dermakan mata kepada gadis itu .
apabila gadis itu dapat melihat ,
dia terkejut apabila mendapati kekasihnya juga buta !
kekasihnya bertanya
" sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang ? "
Gadis itu menolak .
Kekasihnya tersenyum ..
dan pergi ....
sambil berkata ,
" awak ... jaga mata saya tu baik-baik ea .."

It's Not Over





saye ingat lagi
dulu saye suke sangat lagu ni
saye suruh awak denga
awak denga
then, awak cakap ..
awak pun suke lagu ni ..
gembirenye saye ..

saye ingat lagi ..
satu hari ..
awak bz ..
saye tanye laa , awak nga wat pe
awak cakap ..
awak nga download lagu ni ..
awak cakap, lagu ni best sgt ..
bahagienye saye ..

saye ingat lagi ..
lepas kite break ..
saye selalu post lagu ni kt wall saye ..
saye selalu post lirik lagu ni kat wall saye ..
untuk awak ..
untuk awakk ... :'(

awak ingat takk ?
mesti awak tak ingat .. kan ?
takpe lah ..
biar saye ingat sorang sorang ..

walaupun saye dah ade dia ..
tapi ..
saye nak awak tahu ..
dalam hati ni ..
hanya ada awak ..
hanya awak ..
hanya awak ... :'(

tiap-tiap hari saye denga lagu ni ..
dan tiap itu lah ..
saye teringat kat awak ..

awak tahu tak ?
meskipun saye tahu ..
awak TAK MUNGKIN jady milik saye lagi ..
awak TAK MUNGKIN terime saye lagi ..
tapi sekurang-kurangnye ..
saye rindu PERSAHABATAN kite .. :(

sekarang kite dah bawa haluan masing masing ..
awak dengan hidup awak ..
saye dengan hidup saye ..
dahh lame kite takk 'comment' samesame macam dulu kan ?
dahh lame kite takk jady 'gilee' samesame macam dulu kan ?
dahh lame kite takk borak samesame macam dulu kan ?
dulu awak lah KAWAN BAIK saye ..
yang selalu kongsi suka .. duka .. senang .. susah ..
tapy lepas je kite break ...
segala-galanya telah berubah .....
saye rindu saat dulu .. :'(

Wednesday, November 24, 2010

Past


Never ever forget about something PAST..
because something PAST is a mirror to go for a better FUTURE..

Tuesday, November 23, 2010

Berikan aku kesempatan


Tuhan , bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biar cinta hidup sekali ini saja

Tak sanggup bila harus jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya

Tuhan , bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini, biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja

Monday, November 22, 2010

Saat kau pergi


Saat kau pergi
Berlinanglah air mataku
Betapa cinta ku rasakan
Kebahagiaan itu
Kini lenyaplah sudah

Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Ku hanya bisa merelakan
Jika memang kau pikir
Ini lah yang terbaik

Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya itu bisa
Membuatmu bahagia

Sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki
Namun ku akan terus selalu menyayangimu
Setulusnya hati


Saturday, November 20, 2010

Orang yang betul-betul mencintai kita


Orang yang betulbetul mencintai kita adalah orang yang boleh menerima kita seadanya. Dia sanggup menunggu kita. Meskipun dia mempunyai orang lain, namun di dalam hatinya? Dia tetap mencintai kita. Dia selalu ambil berat tentang kita. Meskipun kita telah menhancurkan hatinya.. Dia tetap menyayangi kita. Kadangkadang kita berasa rimas dengannya. Tapi sebenarnya dia terlalu menyayangi kita. Dia takut kehilangan kita. Kita tidak pernah tahu siapa yang betulbetul ikhlas menyayangi kita. Tapi bila dia pergi meninggalkan kita, kita terasa KEHILANGANNYA dan bertapa pentingnya dia dalam hidup kita.

Sayang dan benci


Jangan terlalu benci sesuatu, kerna mungkin kita akan menyayanginya kelak. Dan jangan terlalu menyayangi sesuatu, kerna mungkin kita kan membencinya kelak.

Sunday, November 14, 2010

Sahabat




Jangan NILAIKAN sahabat melalui ukuran,
Jangan JAUHKN sahabat bila terasa kesunyian,
Jangan PUTUSKAN sahabat jika terdapat kesilapan,
Jangan LUPAKAN sahabat tanpa nama yg belum ditinggalkan,
kerana SAHABAT itulah yg telah berikan kita PERANAN sebagai seorg TEMAN.

Saturday, November 13, 2010

Sahabat sejati



‎Sahabat yg berIMAN ibarat mentari menyinar,
Sahabat yg SETIA bagai pewangi yg setia mengharumkan,
Sahabat SEJATI menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN.

Friday, November 12, 2010

Change it


ESOK sudah TIDAK BOLEH mengubah apa yang berlaku PADA HARI INI ..

tetapi HARI INI masih BOLEH mengubah apa yang AKAN TERJADI PADA HARI ESOK .

p/s :Past is past. Don't let it happen again. We can change it.

Rinduu


Cikgu Bahasa Melayu ajar saye ..

"RINDU" itu KATA KERJA ..

Cikgu ajar lagi ..

"AWAK" itu KATA GANTI DIRI ..

tapi ..
bila cikgu tanye "RINDU AWAK" itu kate ape?

saye jawab ..
itu KATA HATI saye...

Monday, November 8, 2010

Erti Cinta

P/s : Click untuk lebih jelas :)





Baik dan Buruk


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.

Sunday, November 7, 2010

sayang dan suka


Jangan tinggalkan orang yg kita sayang untuk orang yg kita suka. Kerana belum tentu orang yang kita suka itu boleh bahagiakan kita. Dan jangan cuba dapatkan sesuatu yang belum pasti, tapi hargailah dengan apa yang kita ada sekarang.

Saturday, November 6, 2010

Jiwa sepi


di sebalik senyuman ada tangisan
di sebalik tangisan ada kerinduan
di sebalik kerinduan ada kekecewaan
di sebalik kekecewaan ada kesedihan
di sebalik kesedihan ada jiwa ...
jiwa yg luka ..
jiwa yg sunyi ..
jiwa yg sepi ..
menangis sendiri ..

Friday, November 5, 2010

Cinta


Cinta itu kadang-kadang menyakitkan tapi cinta lah yang sebenarnya mengajar kita erti kasih sayang, ambil berat, risau, sakit hati, kecewa, suka, duka dan janganlah menyesal walaupun kamu kecewa dengan cinta kerana ia sebenarnya mengajar kita erti kehidupan.

Thursday, November 4, 2010

Sakit


Sungguh menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan bila melihat dia mencintai orang lain.

Wednesday, November 3, 2010

hubungan


Jika indah satu pertemuan, jangan cemari dengan perpisahan

Jika suci satu perkenalan, jangan cemari dengan perdustaan

Jika bernilai sebuah perhubungan, hargai ia dengan keikhlasan

agar kita tidak menyesal di satu pengakhiran

Tuesday, November 2, 2010

Jika..


jika matamu berat memandangku , ringankanlah kakimu melangkah pergi dariku


jika bibirmu terpaksa senyum padaku, relakanlah mukamu untuk berpaling dariku.


jika susah untuk kau melupakan kesilapanku, senangkanlah lidahmu untuk menghinaku


tapi andainya satu hari nanti telingamu mendengar berita kematianku, ikhlaskanlah dirimu melihat jasadku kali terakhir dan bisikan pada ku yang telah memaafkan aku


moga kalimah terakhirmu itu menjadi pelita di kuburku gelapku, menjadi bantal dilena panjangku.

Sunday, October 31, 2010

Sedar


Sewaktu dia ada disisi kita, kita tak pernah menghargainya. Sewaktu dia ada disamping kita, kita tak pernah hiraukan kehadirannya. Tapi.. sewaktu dia pergi meninggalkan kita. Sewaktu dia tiada lagi dalam hidup kita. Baru kita sedar.. yang kita sangat memerlukannya. Lumrah manusia. Kita akan mengahargainya.. sewaktu kita kehilangannya.

Sabar


Hidup tak selalunya indah. Ada kala suka dan duka. Masa merubah segalanya. Kesabaran membawa kebahgiaan. tapi.. adakala kesabaran juga membawa kepedihan.. Sukar untuk dirungkaikan....

Wednesday, October 27, 2010

Pelangi


Kadangkala Allah hilangkan mentari.. Kemudian Dia datangkn Guruh.. Puas kita mnangis.. mencari mentari kta.. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkn kita pelangi yg indah..

Tuesday, October 19, 2010

Peluang


Dalam hidup kita ini Allah akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yangg betulbetul kita sayangg . tapi hanya sekali . sekiranya kita leka , kita akan kehilangannya . tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya . jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cuba unttk menilai kehadirannya . mungkin setelah semuanya berlalu kita mula sedar dan mungkin kita tak berpeluang untuk memilikinya semula .

Wednesday, October 13, 2010

Sepi


"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku


Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku


Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku ..."

Monday, October 11, 2010

Teman


Ada masa kita perlu menangis.
Agar kita tahu dunia ini bukan utk ketawa ..
Ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa b'nilainya setitis air mata ..
Ada masa kita perlukn seorg teman agar tidak kesunyian ..
Tetapi ..
Tanpa kita sedari Ada masa kesunyian akan m'buatkn kita tidak lupa
tentang teman kita ..

Thursday, September 30, 2010

menyesal

saya tahu saya tak pernah hargai awak

saya tahu saya tak pernah jaga hati awak

saya tahu saya banyak buat salah kat awak

saya tahu saya tak hiraukan perasaan awak

saya yang bersalah

saya yang berdosa

saya biarkan ia berakhir tanpa seribu kata

awak ..

maafkan saya ..



dulu awak yang menemani saya

dulu awak yang layan kerenah saya

dulu awak yang gembirakan saya ..

awaklah kawan baik saya

saat saya sedih

saat saya kecewa

saat saya merana

awak sentiasa ada disisi ..

untuk temani saya

tapi sekarang

awak dah lain

awak dah berubah

awak dah tak hiraukan saya

awak dah tak layan saya lagi

kenapa ?

awak ..

mungkin sebab perubahan itulah yang membuatkan saya ...

benci awak !

ya ! saya mengaku saya benci awak

dan ..

tibatiba muncul seseorang

dia temankan saya

dia gembirakan saya

dia yang layan semua kerenah saya

tapi ..

kenapa mesti dia ?

kenapa bukan awak ...

saya nak awak ..

bukan dia !


saya minta maaf

sebab curangi awak

saya terpedaya dengannya

awak !!!

saya menyesal !

saya clash ngn awak sebab dia

sebab dia ..

sebab dia ..

saya kehilangan awak

siapa suruh awak takk jaga hati saya ?

siapa suruh awak biarkan hati saya keseorangan ?

siapa suruh awak biarkan hati saya kesepian ?

dia telah merampas hati saya

hati saya terpaut dengannya

saya ingat , saya boleh bahagia dengan dia

tapi ..

saya silap

saya salah

hanya awak yang boleh bahagiakan saya !

saya nak awak

bukan dia !

tiap kali dengar lagu tu ..

setiap kali itulah saya menangis

saya rindu awak

saya menyesal




Saturday, September 18, 2010

ayad terakhir


"kalau awak sepi, ingatkanlah saya. kalau awak sunyi, carilah saya.kalau awak rindu, saya enn ada. kalau awak sedih, saya boleh buad awak happy. tapi! kalau awak dah bahagia. awak jangan lupakan saya ea. sebab saya takk pernah lupakan awk au ! "


jawapan :

"bila saya sepi. macam mana saya nak ingatkan awak yang saya ngah sepi? padahal awak sendiri sudah lupa pada saya. bila saya sunyi, macam mana saya nakk cari awakk? padahal awak sendiri yang macam menyorokk dari saya. bila saya rindu, dimana awakk? saya tak nampak pun. hakikatnya memang awak macam dah takk ada dalam hidup saya. bila saya sedih. macam mana awak nakk happykan saya? hakikatnya awaklah punca kesedihan saya! bila saya dahh bahagia, macam mana saya nakk lupakan awak? padahal awak lha yang selama ni buadd saya bahagia. saya takk pernah lupakan awak. tapi pada hakikatnya, awak yang macam dahh lupakan saya! awakk, mungkin awak takk sedar yang awak telah sakiti hati saya. "


MyEm0.Com




Saturday, September 4, 2010

Ibu , Kasihanilah saya .

Assalamuaalaikum ,

weiwei , tady ken ken
aku ade bace satu note at fesbuk ni
sumpa sedey gila duh !
mahu nangis kudd
huh
note dea berbunyi macam inie :

“Sejuknya…saya berada di mana sekarang? Hanya kerlipan bintang yang saya nampak. Terasa seperti baru beberapa detik saja saya baru menghirup udara dunia. Selama ini, sembilan bulan di dalam rahim ibu, saya rasa selamat dan dilindungi. Rahim ibu? Tapi di mana ibu? Ibu! Ibu…"

Seingat saya, sewaktu saya dilahirkan tadi, saya jatuh ke atas lantai yang basah dan melekit dengan darah. Tempat itu sunyi dan yang kedengaran hanya bunyi air mengalir dari paip. Ibu menjerit kesakitan dan terburu-buru pula membawa saya keluar. Saya cuma dibalut dengan sehelai tuala. Dengan tali pusat yang masih berjurai, saya dibungkus tanpa dibersihkan.

Aneh sekali. Ibu tidak mencium saya langsung. Wajahnya cukup bimbang. Memandang saya pun seolah tidak sudi, langsung tiada perasaan sayang. Ibu tidak sayangkan saya? Ketika di dalam perut bukankah kita berkongsi denyutan jantung yang sama? Saya tahu perasaan sedih dan bimbang yang dirasai ibu. Ibu tidak mahukan saya. Tetapi ibu tidak mampu menahan kelahiran saya. Benarkah ibu? Benarkah saya ini tidak berbapa? Ibu tidak rasa apa yang saya rasa sekarang? Saya inginkan kehangatan ibu dan pelukan ibu. Peluklah saya ibu! Belailah saya ibu!

Saya haus .. Tekak saya sudah kering kerana menangis.Tapi tangan ibu pantas menutup mulut saya. Agaknya ibu takut tangisan saya didengar orang lain. Tambahan pula, malam makin sunyi. Saya haus ibu…Tapi ibu tidak mengendahkan semua itu. Apatah lagi, mendengar suara saya pun ibu tidak mahu. Ibu seperti resah, menanti seseorang. Siapa yang ibu tunggu? Bapa sayakah ibu?

Tidak lama menunggu, seorang lelaki datang. Diakah yang ibu nantikan? Ibu dan lelaki itu seperti berbincang sesuatu. Kedengaran juga seperti mereka bertengkar. Sesekali terdengar esakan ibu. Apa? Membuang saya? Jangan ibu! Jangan buang saya! Bukankah saya ini darah daging ibu. Saya masih tak berdaya. Jangan buang saya…Kasihanilah saya ibu. Berilah ruang untuk saya bernafas di bumi Allah ini ibu.

Tapi tangisan saya mereka tak hiraukan. Lelaki itu mengambil saya dengan kasar. Tuala putih dibungkus menutup semua tubuh saya termasuk kepala. Ibu!Ibu! Jangan buat saya begini! Saya rasa susah hendak bernafas. Saya boleh lemas. Terasa saya diletakkan di bahagian bonet kereta. Terasa panas membahang. Saya tercungap-cungap mencari sedikit udara. Ibu? Di mana ibu? Selamatkanlah saya…Ibu! Saya haus. Saya panas!

Selepas itu, saya tidak sedarkan apa-apa lagi. Terjaga saja, saya sudah berada di sini. Bau sekeliling saya sungguh busuk. Longgokan sampah sarap menimbun di kiri kanan saya. Bunyi anjing menyalak menakutkan saya ibu. Saya hanya mampu menangis. Badan saya sudah mula terasa sakit-sakit. Tali pusat saya yang masih tergantung juga sudah berdarah semula. Sakitnya ibu… Aduh! Ada semut pula datang menghurung tubuh kecil saya. Tolonglah! Tolong jangan gigit saya yang tidak berdaya. Sakitnya..sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

Mana ibu? Ibu tidak datang mengambil saya lagi? Apa agaknya dosa saya? Perut saya juga sudah lama kosong. Saya laparkan susu. Saya tak mampu menjerit lagi, apatah lagi untuk berkata-kata. Dari tadi saya menangis, tiada siapa pun yang mendengar. Ibu..datanglah ambil saya semula. Kalau ibu tidak mahukan saya, jangan buang saya di tempat sampah begini. Saya juga manusia…Saya tidak bersalah ibu!

Dengarlah rintihan saya. Kasihanilah anakmu ini ibu! Kalau ibu tidak mahu saya sekalipun, usah buang saya di sini. Berilah saya pada sesiapa. Saya hanya mahu menumpang kasih seorang ibu. Ibu! Apa dosa saya. Kenapa dahulu ibu tidak pernah fikirkan semua ini. Kenapa sekarang setelah saya ada di rahim ibu baru ibu menyesal dengan segala yang ibu lakukan.

Saya rasa semakin lemah ibu! Sejuk embun menyucuk-nyucuk tubuh saya. Saya dingin ibu! Tuala yang membungkus tubuh saya pun sudah basah. Tadi, saya terdengar ada orang membuang sampah. Tapi dia mungkin tidak tahu saya ada di sini. Suara saya sudah hilang. Saya tak mampu menangis lagi. Saya tidak mampu menjerit lagi.

Aduh! Sakitnya…Semut-semut itu makin banyak menggigit saya. Semut itu sudah mula masuk ke dalam telinga, pusat, hidung dan mulut saya. Saya tak boleh berbuat apa-apa. Sakitnya…kasihanilah saya. Saya juga ingin hidup lama…Tiada siapakah yang mampu menolong saya? Apakah sampai di sini saja hayat saya. Kejamnya dunia…

Ibu…saya ternampak cahaya dari atas. Ada ramai perempuan cantik sedang melambai-lambaikan tangan pada saya. Mereka tersenyum pada saya. Itukah bidadari ibu? Benarkah ibu? Nanti, agaknya merekalah yang akan menyusukan saya. Tetapi kenapa bukan ibu…Saya akan merindui ibu..walau ibu tak pernah menyayangi saya.

Sekarang, badan saya sudah mula terasa dingin. Sejuknya..seperti ada angin yang menghembus saya. Tapi…sakitnya..saya terasa susah hendak bernafas. Tubuh kecil saya sudah lebam-lebam digigit semut yang semakin banyak. Ibu..nyawa saya sudah hampir terputus. Kenapa ibu masih tidak datang? Sekurang-kurangnya berikan saya setitik susu ibu…saya dahaga ibu. Saya laparkan susu..Kalau saya tahu peritnya begini, saya tidak minta lahir ke dunia. Saya sakit ibu, sakit jiwa dan raga. Aduh..aduh sakitnya saat diambil nyawa…sakitnyaaaa.

“Ibu, mereka sudah mendukung saya. Perempuan-perempuan cantik ini akan membawa saya jauh dari dunia… dan manusia yang berhati batu seperti ibu. Sampainya hati ibu…” Selamat tinggal ibu yang saya kasihi. Biarpun ibu tidak pernah mengasihi saya.

Semut-semut itu semakin melata. Tangan kecil yang tadinya menggapai-gapai udara dan kaki mongelnya yang menghentak-hentak tanah akhirnya terkulai. Bersama titisan embun pagi, nyawa si kecil yang tidak berdosa itu pergi dalam keadaan menyayat hati. Tubuhnya kebiru-biruan dan perutnya pula mengempis tanpa sempat menjamah setitis pun air susu. Keesokkan harinya, terpapar di halaman depan surat khabar, “Seorang Lagi Mayat Bayi Dibuang Ditemui…”.






eh eh , sedih bukan ?
feeling gila duh !

huh

kalau sesape yang tade feeling uh

aku taktahu lha apa kene dengan hati korunk

haha

weiwei

kenape lha manusiamanusia zaman sekarang ni suda tiada hati ?

eh eh , bayi itu juga manusia tahu !
mereka juga mahu hidup !
mulemule memang lha bez ken
pegang sana pegang sini
peluk sana peluk sini
cium sana cium sini
uh ah uh ah
lepas itu ?
eh eh , bukan kah anak itu adelah lambang cinta korunk yang agong tuh !!
suda buad tuh
pandaipandai lha tanggung !
kalau suda tidak mahu itu anak
bagi je lha kat orang
apa susa ?
da buad dose tuh
ta paya lha buad dose yang lagy besa !
sekarang ni tak habishabis

buang bayi , buang bayi , buang bayi
apa mahu buad lagy ?
mereka yang buad bende ituh suda tiada hati
haih , suda lha
aku membebel taktentu pasal nie un bukan buley merubah keadaan
huh
wassalam