CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Redha


Setiap musibah dlm kehidupan kita janganlah mengeluh dan kesal walaupun ia terjadi disebabkan oleh kesilapan kita sendiri..
Anggaplah setiap musibah sebagai panduan hidup kita pada masa hadapan agar kesilapan tersebut tidak akan berulang..
Sentiasalah berasa syukur dan redha atas musibah yang berlaku kepada kita kerana kita dipilih oleh Allah untuk melaluinya..

Wednesday, December 29, 2010

Keikhlasan dan kesetiaan

Cinta boleh pergi dan datang pada bila-bila masa sahaja.
Tapi keikhlasan dan kesetiaan hanya hadir sekali dalam perhubungan cinta.
Bila keikhlasan dan kesetiaan itu telah tercemar kesuciaannya ,
sukar untuk kita ulangi semula bersama orang yg telah kita berikan keikhlasan dan kesetiaan itu..

Tuesday, December 21, 2010

Jangan tipu diri sendiri




Kita boleh menipu orang lain menyatakan bahawa kita tidak sayangkan dia

tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri yang kita masih sayangkan dia

biarpun mustahil untuk kita memilikinya semula.

Saturday, December 11, 2010

Hebat sangat ke Cinta tu ?





Hebat sangatkah cinta,
atau cuma hawa nafsu semata,
jika tiada calon, ramai yang bertanya ,
mengapa tidak dicari katanya,



hebat sangatkah cinta,
jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina,
hingga agama diletak belakangnya,



hebat sangatkah cinta,
jika statusku single mereka hairan bertanya,
sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya,
jika ramai tak buat dipandang biasa,



hebat sangatkah cinta,
menghayati rasa yang terkandung didada,
terlahirnya sajak ,puitis nya cinta,
lautan api sanggup diredahnya,



hebat sangatkah cinta,
hingga semua nak diserahkannya,
katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja,


hebat sangatkah cinta,
kononnya dihati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga,
akhirnya tubuh menjadi mangsa



hebat sangatkan cinta,
" saya suka awak kerana agama "
kalau begitu mengapa mendekati zina,
jika benar agama ukurannya,


hebat sangatkah cinta,
mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta,
sedangkan yang diteguk racun berbisa,



hebat sangat kah cinta,
sehingga mata yang celik dikata buta,
dosa pun dia kata"tak pa",
janji kau aku yang punya



hebat sangatkah cinta ,
jawapannya Ya,
jika mencari CINTA YANG ESA,
bahagianya kekal untuk selamanya..



~ CINTA PADA BUNGA, BUNGA AKAN LAYU,

~ CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,

~ CINTA PADA ALLAH KEKAL ABADI ^^

Thursday, December 9, 2010

Sesal



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cinta suci

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut,
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya

Kenapa ?


Matahari diciptakan tanpa hati, tapi setia pada Siangnya.
Bulan diciptakan tanpa hati, tapi boleh setia pada Malamnya.
Tapi kenapa manusia yang diciptakan dengan hati, masih tak boleh setia pada Cintanya?

Wednesday, December 8, 2010

Ketentuan

Cinta itu tak semesti nya indah .
Cinta itu tak semestinya berakhir dgn kegembiraan .
Jangan terlalu mengharap .
Buat yang terbaik .
Tapi kalau da tak de jodoh
nak buat macam mana ?
Nangis mcm mana pun , ia tak kan kembali .
.

Tuesday, December 7, 2010

Lahir dan Pergi


Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
.
.
Ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
.

Sunday, December 5, 2010

Suka dalam Duka



Hidup tak selalu indah ,
Langit tak selalunya cerah ,
Kerana semuanya ada hikmah .

Inginkan mutiara , selamilah lautan .
Inginkan bahagia , tempuhilah penderitaan .
Inginkan kjayaan , relakanlah pengorbanan .
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu terkandung 1001 kemanisan .

Saturday, December 4, 2010

Tunggu .


awak , sampai bila awak nak saya tunggu ?